loading...

Wajib Belajar...!! Step by step mencuci uri. Setiap lelaki mesti tahu, nanti bakal jadi bapa kan....!!???



Bahan-Bahan Yang Diperlukan
1. Limau Nipis
2. Garam
3. Asam Jawa
4. Asam Keping
5. Plastik
6. Kain Putih ( Napkin )
Cara Membasuh
1. Mulakan dengan membaca Bismillah
2. Cuci uri dengan bersih. Hilangkan kesan-kesan darah tanpa menggunakan sabun.
3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan berdoa dengan doa yang baik.
4. Lumurkan uri dengan garam dan basuh sehingga bersih.
5. Basuh uri dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas sehingga bersih.
6. Perahkan limau dan lumurkan. Ini bertujuan untuk menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan.
7. Letakkan di dalam plastik yang mudah reput seperti plastik 7-Eleven atau plastik Tesco dan ikat dengan kemas.
8. Bungkus bersama kain putih dan diikat kemas.
9. Gali tanah sedalam mungkin. Ini bagi mengelakkan dikesan oleh binatang seperti anjing dan kucing.
10. Jangan diletakkan sebarang benda asing seperti pen, pensel, lilin dan sebagainya. Dikhuatiri boleh membawa kepada syirik dan khurafat.
Secara jujurnya, membasuh uri tidaklah sukar seperti yang disangka. Lakukan dengan iklas dan sepenuh hati kerana uri yang dibasuh itu adalah zuriat kita. Tititpkan doa-doa yang baik agar zuriat kita menjadi insan yang beriman dan bertakwa

Sumber : facebook.com